Powered by Blogger.

Back To The...

Back To The...

Walker Bahaya Kepada Bayi?

Wednesday 2 October 2013


Kepada ibu bapa yang baru ade anak pertama, mesti tak sabar-sabar nak beli walker untuk si comel kan? Ye lah, mane tahan tengok anak orang bergerak laju dengan menggunakan alat tersebut. Anak kita pun nak jugak. Seronok semacam je kan bergerak sana bergerak sini. Kita tengok pun hepi.

Walaupun walker nampak dapat membantu anak anda berjalan, namun hakikatnya ia lebih banyak keburukan kepada perkembangan tumbesaran bayi.

Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa penggunaan walker hanya melambatkan perkembangan motor tubuh anak-anak malah ia juga mungkin seteruk melambatkan perkembangan mental bayi.

Secara semulajadi, bayi yang normal akan mencapai perkembangan kemahiran anggota badan, kaki tangan selain meregang, berguling dan merangkak. Biasanya bayi akan berusaha untuk mencapai matlamat mereka memegang objek yang mereka inginkan. Usaha tersebut merangsang perkembangan kemahiran pergerakan tangan dan kaki mereka.

Namun penggunaan walker telah merampas pembelajaran semulajadi motor tubuh bayi. Walker menyebabkan bayi berdiri tidak kena pada masanya, tanpa belajar pergerakan lain dahulu, ini menyebabkan bayi lambat berkembang dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri.

Bayi yang menggunakan walker menunjukkan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas tahu berjalan. Salah faham ibu bapa berkenaan walker harus dibetulkan. 

Bayi perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembangan fizikal dan mental yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak. Cara  terbaik membantu bayi berkembang dengan cepat adalah meletakkan bayi di atas permaidani atau tilam nipis supaya mereka boleh berkembang mengikut kadar sendiri.

Sumber: pama.karangkraf.com

Untuk maklumat lanjut berkenaan bahaya walker, anda boleh baca artikel berikut: 

The Dangers of Baby Walkers (Canada banned baby walkers in 2004. Possession of a baby walker can lead to fines up to $100,000 or six months in jail.) - Alan Greene, M.D., is the founder of the Web site DrGreene.com and the author of “From First Kicks to First Steps.”

Baby Walkers: A Dangerous Choice (Most walker injuries happen while adults are watching. Parents or caregivers simply cannot respond quickly enough. A child in a walker can move more than 3 feet in 1 second! That is why walkers are never safe to use, even with an adult close by) - American Academy of Pediatrics 2008.

No comments:

Post a Comment

Click Here

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP  

BlogPingSite.com www.Hypersmash.com Pingates